Saturday, 19 July 2014

Sambungan- Vaksinasi

Ingat lagi tak entry tentang vaksin yang saya pernah update dalam tahun lepas?


Vaksin bagi baby fur kita terbahagi kepada 2 jenis:-

a. Inactivated vaccine

b. Killed virus vaccine

Commercial vaccine yang terdapat di dalam pasaran kita terdiri daripada:
  • 4-in-one vaccine
  • 5-in-one vaccine
  • FIP vaccine(one type)
  • FeLV vaccine (one type)

Jadi, vaksin yang manakah yang sesuai untuk si comel kita???

Pada saya adalh lebih penting untuk kita memahami apakah kandungan vaksin tersebut sebelum kita membuat keputusan untuk menvaksin si comel kita. Seperti di dalam entry saya yang terdahulu, vaksin ini BUKAN ANTIBIOTIK. Oleh yang demikian, adalah sangat penting untuk kita vaksin si comel kita ketika  keadaan mereka SIHAT.

Bukan semua jenis vaksin sesuai untuk si comel dan keadaan rumah kita. Sebagai contoh, bagi pembela kucing yang memiliki lebih dari satu ekor kucing adalah digalakkan untuk menvaksin si comel mereka dengan FeLV. Feline leukemia virus (FeLV) vaksin ini terdapat di dalam 5-in-one vaccine dan turut terdapat dalam single dose vaccine. Akan tetapi adalah digalakkan owner untuk test si comel mereka sebelum mengambil suntikan jenis ini.


4-in-one vaccine bermaksud dengan satu suntikan vaksin ini mempunyai 4 jenis virus/bakteria. Dalam erti kata lain, sepatutnya si comel anda dilindungi oleh 4 jenis penyakit/ agen ini. Begitu juga bagi 5-in-one vaccine.


Di kebanyakan praktis/ klinik menggunakan vaccine 4-in-one, dan mengandungi:

a. Feline herpes virus
b. Feline calicivirus
c. Chlamydophila felis (bacteria)
d. Feline Parvovirus



Di dalam 5-in-one vaccine, mengandungi kesemua 4 jenis di atas dan penambahan Feline Leukemia Virus (FeLV) .



FURD-Feline upper respiratory disease complex (Selsema kucing)





FURD bunyinya sangat komplek. Kalau diperhatikan 3/4 agent yang berada di dalam vaksin adalah untuk mencegah selsema. Serius! Selsema mampu membunuh anak-anak kucing kita. Oleh sebab itu, kami sangat menekankan vaksinasi. Virus tidak mampu dirawat dengan antibiotik!! Disebabkan itu kita dapat mencegah melalui vaksinasi yang BETUL!

Betul merujuk kepada tarikh vaksinasi yang betul. Ada yang datang dengan rekod yang caca merba. On paper memang cantik. tapi objektif vaksinasi bagi memberikan perlindungan yang optimum tidak tercapai.salah satu contoh seperti ini:


Mengikut guidelines yang diberikan oleh World Small Animal Veterinary Association (WSAVA), vaksinasi perlu dilakukan seawal umur 6-8 minggu dan diulangi selepas 3-4 minggu sehingga mencapai umur 14- 16 minggu.

Dalam bahasa yang mudahnya seharuskan 3 kali suntikan sebelum mencapai 16 minggu usia, dalam tempoh sebulan sekali. :)


FIP- Feline infectious peritonitis (BUSUNG AIR)


FIP vaccine sebenarnya tidak begitu direkemen oleh kebanyak vet. Disebabkan faktor2 berikut:


Kita mampu mengubahnya. :) Cegahlah sebelum terlambat. :)


Setakat ini sahaja...




7 comments:

  1. sis nak tanya kalau suntik fungus plak ape kesan dea? kucing sye ade fungus. sapu krim tak elok lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. cik nonyfadatul, sebenarnya tiada suntikan fungus. Fungus diibaratkan sebagai kelemumur. kebiasaannya akan mengikut keadaan patient, ada ubat makan yang boleh merawat keadaan kucing cikpuan.

      Delete
  2. Berapa harga buat surgery kucing yg bermasalah bengkak pipi atau bisul?

    ReplyDelete
  3. Berapa harga buat surgery kucing yg bermasalah bengkak pipi atau bisul?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Tumpang tanya. Vaksin utk kucing kne buat brp kli ye? Mksud sy setahun sekali ker 6 bulan sekli ke?

    ReplyDelete
  5. Salam.. kcg saya lepas vaksin kali ke-2 dia lemah... demam sikit. Kenapa ya?

    ReplyDelete