Wednesday, 18 June 2014

Feline nutrition- cont..

Salam! hi hi! almost 4 bulan lebih tak update blog. Last update pun few days before my beloved dad pass away. Lama juga nak loading mood dan cari entry baru. Entry yang lama kena tunggu mood loading 100% baru sambung update semula.

Hari ni nak story sikit la pasal pemakanan kucing yang kerap diajukan kepada vetsekalian. Secara jujurnya saya ni bukan die hard fans mana mana brand. Sebab saya ni skeptical sikit. I do believe that good food comes with good price. Kucing bukan seperti kita sumbat apa pun beres. Sejak azali lagi kita memang tahu kucing dan ikan memang tak boleh dipisahkan. Sehingga sekarang masih ramai owner yang hanya memberikan ikan sebagai main course untuk kucing mereka.  Banyak fact yang perlu we get it right. Sebab nutrition bukan lah semudah ABC.

Antara soalan yang kerap ditanya,
  • Kenapakah kucing saya bulu gugur?
  • Kenapa bulu kucing saya kusam?
  • Kenapa kucing saya terkena masalah susah nak kencing?

Kalau difikirkan secara logiknya...
Berapakah harga sekilo ayam di pasar? Peningkatan harga barang mentah di pasaran dunia pasti juga memberi kesan kepada harga makanan kucing dan anjing. Kalau dengan harga yang murah, tapi janjinya outcome makanan itu seperti Va Va Voom seperti tak masuk akal, rasanya kita boleh fikir sendiri kot.

Acapkali jawapan diterima adalah bilangan kucing yang kian bertambah menyebabkan BAJET lari dan cara terbaik, kita terpaksa bertukar ke makanan yang jauh lebih murah. Banyak cara dan alternative yang kita boleh pakai. Misalnya breeder bag yang offer harga lebih murah berbanding pek pek kecil yang ada di pasaran. serta pertambahan petshop yang saling throw price saya rasa secara tidak langsung dapat membantu owner untuk mendaptkan premium food dengan lebih murah.


Sedikit panduan mudah untuk memilih makanan yang sesuai untuk si comel kita:

1.UMUR
Anak kucing boleh mula diberi makanan seawal sebulan (sebelum diceraikan susu), tetapi kita harus memastikan makanan yang diberikan itu mempunyai saiz kibble (biskut) yang tidak merosakkan struktur gigi dan gusi mereka yang sangat lembut. Kategori yang paling awal adalah weaning group atau baby cat. Saiz biskut bagi kategori ini adalah lebih kecil dan lembut. Weaning group atau baby cat ini sesuai untuk anak kucing yang berumur antara 1 bulan ke 4 bulan umur. Dan disebabkan kandungan high energy density, makanan ini juga sesuai untuk ibu kucing yang senang mengandung atau yang menyusukan anak kucing.


Group yang kedua adalah kitten atau growing group.
Fasa ini adalah fasa penting dalam menentukan sama ada kucing kita akan mengalami pertumbuhan yang sihat atau yang terbantut. Nutrisi yang baik diperlukan secara optimum untu tumbesaran yang sihat. Kerana pada ketika inilah, kulit yang sihat akan menghasilkan bulu yang sihat, protein yang secukupnya diperlukan untuk body mass yang mantap dan montok gitu!





Tatkala umur kucing kita memasuki 1 Tahun/ 12 bulan, makanya mereka ini telah memasuki alam dewasa... yiiihhuuuu!!! Anak dara dan teruna sudah. Pada fasa ini saya lebih tekankan kepada ADULT food. kerana pada ketika ini saiz kibble adalah lebih sesuai dengan mereka. Terdapat juga brand yang menghasilkan kibbles atau biscuits yang bersesuaian dengan keperluan nutrisi BREED kucing tersebut, Misalnya ROYAL CANIN Persian, Royal canin Maine Coon dan sebagainya.




Pemilihan makanan mengikut LIFESTYLE atau keperluan kucing kita juga boleh misalnya:
a) Indoor/ outdoor
b) Neutered range: Neutered young male/ young female
c) Obesity



Bukan semua yang diletakkan di atas boleh dibeli di petshop. inilah adalah kerana ada sesetengah produk merupakan PRESCRIPTION DIET. Apakah itu?? Prescription diet merupakan makanan yang dirumus khas bagi merawat sesetengah penyakit atau dalam erti kata yang lebih tepat adalah untuk membantu mencepatkan proses penyembuhan si comel anda.

Salah satu contoh seperti URINARY S/O seperti di bawah. atau C/D diet dari jenama science plan. Makanan ini dirumus khas bagi merawat masalah FLUTD atau biasanya kita panggil batu karang. Malangnya, kegagalan owner untuk mengikuti arahan yang diberikan menyebabkan si comel mereka datang kembali atas masalah yang sama dan kebanyakan menjadi lebih parah.

Produk yang sangat laris di pasaran!! disebabkan terlalu banyak kes FLUTD.
Diabetic yang dirumuskan bagi membantu owner yang mempunyai si comel yang mengidap Diabetis
Hypoallergy menjadi pilihan selain Z/d diet dari science plan bagi merawat penyakit kulit yang berpanjangan selain terlalu sensetif terhadap makanan yang lain.
Renal diet didesain khas untuk pesakit buah pinggang yang didiagnos awal.

Gastrointestinal ini dirumus khas untuk merawat masalah cirit birit yang kronik dalam si comel kita




Dalam tempoh penggunaan precription diet, 100% makanan hanyalah itu. Dan jika diperhatikan hampir kesemua produk prescription ROYAL CANIN mengandungi logo S/O index.

Fuhhh!! Lenguh jari jemari dan ambil masa yang sangat lama untuk saya update entry kali ni. Sejujurnya sangat banyak produk di pasaran. Tak dapat la saya nak update semua. Harap owner boleh make wise decision dalam memilih makanan yang sesuai untuk keperluan si comel anda.












No comments:

Post a Comment