Friday 26 April 2013

Sambungan Si Comel Mengalami F.L.U.T.D

Assalamulaikm w.b.t. Salam sejahtera... Entry ni sebenarnya sambungan daripada entry berkaitan F.L.U.T.D. Sebentar tadi baru sahaja saya mengupdate entry yang lepas. semoga dapat memberi gambaran yang lebih jelas tentang keadaan F.L.U.T.D. Bimbang dan gusar dengan keadaan yang semakin hari semakin banyak si comel yang ditahan kerana kes ini.

Jenis-jenis FLUTD

Secara mudah, kita boleh mengkategori FLUTD kepada non-obstructive dan obstructive FLUTD.


Soalan: Mengapa pentingnya kita untuk mengetahui jenis FLUTD yang dialami oleh si comel kita??

Jawapannya: Kerana pengurusan dan rawatan bagi kes-kes yang berada di bawah kategori non obstructive adalah berbeza dengan kes obstructive. Jangan pernah bayangkan hanya dengan satu injection, si comel anda akan kembali pulih seperti biasa.


  1. Non-obstructive FLUTD

    Gambar rajah di atas merupakan rumusan klasifikasi jenis FLUTD pada si somel anda. Dan salah satu merupakan tulisan (hand writing) senior saya. Agen yang menyebabkan FLUTD ini mungkin berpunca daripada bacteria atau virus, anatomical abnormalities, urethral spasm. Tetapi, Si comel anda masih boleh kencing. Di sinilah kebiasaan vet akan palpate pundi kencing si comel anda (seperti gambar di bawah) dan menekan secara perlahan-lahan. Pundi kencing si comel anda besar tetapi compressible (boleh ditekan untuk mengeluarkan air kencing).
    Walau bagaimana pun, pengurusan yang salah mungkin menghalakan si comel anda kepada kategori yang lebih membimbangkan iaitu, Obstructive FLUTD.

    2.  Obstructive FLUTD

    Kategori ini memerlukan rawatan segera!!! Si comel anda mungkin akan mati sekiranya anda masih berdegil tidak mahu merawat mereka. Dalam kategori ini, kebiasaannya pundi kencing si comel adalah sangat tegang dan besar, dan yang paling menakutkan adalah uncompressible.Sigh!!

    Sangat menakutkan tatkala terima kes sebegini. Nampak remeh, tetapi seandainya bahan bahan toksin telah memasuki semula darh si comel, untuk meneruskan prosedur adalah sangat berisiko tinggi.dan juga kos rawatan yang tinggi!! (Jangan cuba tawar-menawar ya dengan vet anda kerana kes ini sangat memerlukan perhatian yang lebih, dan kos yang sememangnya mahal)



     

     

    Tanda-tanda furkids mengalami FLUTD

    1. Kekerapan berulang ke tandas 

      Furkids akan berulang ke tandas seperti kencing tak lawas dan masa yang si comel habiskan di tandas juga adalah lebih lama.

      2. Meneran!! mungkin juga menangis ketika meneran?



      3. Kencing berdarah












      4. Lemah, muntah dan mungkin tidak larat berjalan
      5. Tiada kencing (jangan tunggu ke saat si comel anda tidak kencing baru anda baru mahu mulakan rawatan)


     SEGERALAH BAWA BERJUMPA VET sekiranya si comel anda mula menunjukkan tanda tanda di atas...

    Dari sudut rawatan, regime setiap klinik adalah berbeza! tetapi haruslah diingatkan tiada semudah single injection untuk memulihkan kucing anda! Be smart owner ya!!

    DIET si comel anda juga harus berubah!! Kerana struvite boleh dipecahkan melalui pemakanan. Antara presription diet yang ada di pasaran adalah:


     
    Pemakanan ini dapat membantu healing process yang lebih cepat pada si comel anda. Jangan memberi alasan yang pelbagai kerana yang susah anda juga nanti. Kes berulang adalah sangat tinggi dan peluang untuk pulih balik adalah jauh lebih tipis sekiranya anda kembali pada diet yang lama.


    Selamat malam...

Thursday 18 April 2013

Suntikan Vaksinasi/ Vaccine

As salam... hari ni Doc Nurul nak bercerita tentang suntikan pelalian atau lebih senang kita panggil vaksin. Sebenarnya ramai yang sudah sedia maklum, tapi... bab 'tapi' tu yang leceh tu... ramai tahu tapi tak sedar atau mungkin tak mahu buat... atau mcm2 la...:p bila furkid da sakit mula la bising bising kos rawatan mahal. haaa!! tu namanya da terhantuk baru tergadah? betul ke peribahasa tu? (kalau salah tolong betulkan).

Apakah vaksin?
Dalam bahasa yang mudah nya... vaksin ini merupakan bacteria atau virus yang telah deactivated atau killed yang telah dimodified. Virus2 dan bakteria inilah yang akan disuntik ke dalam badan agar badan akan menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit di masa akan datang. Inilah yang dikatakan sebagai active immunity.

Vaksin biasanya disuntik dibawah kulit dan tidaklah sakit berbanding suntikan antibiotik.


Mitos: antibiotik tu antibodi... atau ada owner yang datang nak cucuk antibodi. pasti saya akan tengok anda dalam pandangan yang sgt keliru? Bila ditanya pasti ke pernah cucuk vaksin? yakin melampau2... tapi kad vaksin tarak... alasannya, jabatan veterinar tak bagi... klinik tak bagi... pet shop tak bagi...

Jawapan:
  • Dua konsep yang sangat berbeza! konsep? ya konsep... apakah? Antibiotik adalah suntikan untuk mematikan atau merencatkan pertumbuhan bakteria. Bakteria sahaja yang boleh di"bunuh" dengan antibiotik dan tidak berkesan pada virus. Ingat tu!
  • Virus hanya  dapat dihapuskan dengan antibodi! saya ulang antibodi! tapi takda suntikan antibodi ya... yang ada suntikan vaksin... vaksin yang akan menyebabkan badan menghasilkan antibodi.
  • Setiap pet akan ada satu kad. kad vaksin ini bukti segala rawatan, keep it properly sebab tanpa kad, kebanyakan vet will never trust your word. 

  • lagi satu, tolong jangan konfius pet shop TIDAK BOLEH MENJALANKAN APA APA RAWATAN TERHADAP PET ANDA!! SALAH DI SISI UNDANG-UNDANG.


Kenapa perlunya vaksin? Bukankah dari susu ibu pun ada antibodi?
Ramai yang beranggapan susu ibu sahaja cukup untuk memberikan antibodi sepanjang hayat. Salah!! Colostrum iaitu susu ibu yang berwarna kuning yang anak anak bulu ini dapat minum dalam tempoh 24jam memang mempunyai antibodi untuk melindungi anak2 ini sehingga 6-8minggu.Di dalam colostrum lah terdapatnya maternal antibodi atau passive immunity. Seterusnya??

Pada usia 6 hingga 8 minggu, di sinilah antibodi titer ataupun perlindungan daripada maternal antibodi akan berkurang. Ada faham setakat ni? Jadi pada saat ini kebanyakan anak2 bulu anda mula menunjukkan tanda tanda awal seperti sakit mata dan ada yang mula selsema. Kerana anda telah memberikan window period untuk virus2 ini mengambil kesempatan.

Jadi, secara simplenya, anda perlu vaksin kucing anda seawal 2 bulan. bukannya 3 atau 4 atau beberapa bulan yang anda suka. 


Berapa kali perlu suntikan vaksin?
Mengikut World Small Animal Veterinary Association (WSAVA), vaksin perlu disuntik seawal 2 bulan dan suntikan susulan pada 3 bulan usia dan 4 bulan umur. Booater tahunan setiap 1 hingga 3tahun. :)


Apakah syarat syarat untuk vaksin?
  1. Sihat- dalam konteks ini agak luas.Kucing sihat bermakna makan minum ok. Buang air ok.. takda muntah... takda cirit... 
  2. Berat kalau boleh da sampai 1kg.. walau pun tak semestinya..
#JADI, bukannya ketika tengah sakit baru perlu disuntik vaksin... ini hanya akan menambahkan bilangan antigen di dalam badan si comel anda...

Sekiranya sayang si somel anda, maka vaksinlah mereka sekarang. Jangan tangguh dan jangan leka. Musim penyakit adalah berulang.  Next entry saya akan bincangkan tentang jenis jenis vaksin yang terdapat dan adakah sesuai untuk si somel anda.

Salam sayang,

DR Nurul Ashikin Binti Sapian



Tuesday 16 April 2013

Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD)

FLUTD atau lebih mudah dikenali sebagai batu karang bagi kebanyakan pembela kucing merupakan pembunuh kucing dalam diam tanpa kita sedari. Soalan yang kerap diajukan "macam mana kita nak tahu kucing kita kena batu karang" ? Confirm ke batu karang? macam mana nak bezakan dengan sembeli? Sebenarnya tanpa kita sedari hari demi hari semakin banyak kes FLUTD dimasukkan ke dalam ward atau tahap yang lagi serius mungkin i.c.u. Apakah faktor yang menyumbang ke arah pembentukan batu karang atau secara idealnya ke arah flutd... isu ini akan saya kupaskan dengan lebih mendalam dalam entry kali ini.

FAKTOR FAKTOR YANG MENYEBABKAN TERJADINYA F.L.U.T.D

a. Diet/pemakanan

    Terdapat 1001 jenis pemakanan yang wujud dalam pasaran!! Percaya atau tidak pada labelling produk pasti menyatakan makanan ni dapat mencegah penyakit FLUTD pada anak2 bulu (furkids) anda. Jangan mudah terpedaya dengan janji janji manis produk2 di pasaran. Jika tak pasti tanya pada vet anda bukannya petshop.(ramai yng saya rasa agak keliru perbezaan vet dengan petshop seller). Semua orang akan melariskan produk mereka apatah lagi produk itu ada selling point nya contohnya halal bagi pengguna islam, murah dan sebagainya.Secara details nya memang saya tidak boleh meletakkan brand2  specific yang menjadi penyumbang tertinggi bagi kebanyakan klinik vet atau hospital.



    Makanan commercial secara kasarnya boleh dikategori kepada beberapa kumpulan, iaitu high premium, premium, low end, holistic dan sebagainya.Bukan semua makanan premium merupakan "presciption diet" bergantung pada cara individu untuk menilai jenis2 makanan ini. Saya juga yakin banyak fanatic fan terhadap sesetengah brand ini sehingga bergaduh sesama sendiri. Perlu diingatkan, makanan yang tinggi phosporus dan magnesium akan menyebabkan mineral ini terkumpul dan selepas suatu jangka masa terjadi lah batu struvite (magnesium ammonium phosphate)!! 


Inilah batu yang akan berkumpul sepanjang salur kencing kucing anda... secara perlahan lahan cuba bayangakan batu ini bergesel dengan permukaan pundi kencing dan apa yang akan terus terjadi?? Luka!! Berdarah!! Dan seterusnya? Tersumbat!! seterusnya bakteria akan terus membiak dan bahan kumbahan akan backflow dan masuk semula ke dalam darah.

b.  Faktor persekitaran

     Perubahan tempat tinggal misalnya berpindah ke rumah baru, atau baru mengambil anak kucing baru akan menyebabkan juga anak2 bulu anda menahan kencing. Betul ke? Ya! Itulah yang terjadi sekiranya kita terlepas pandang. Stress akan menyebabkan anak bulu kita menahan kencing. Pengumpulan air kencing (toxin dan sisa kumbahan) yang lama mudah menyebabkan bakteria membiak dan disinilah Ascending infection akan berlaku.

c.Gender/ Sex

Kajian menunjukkan kucing jantan adalah mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mengalami FLUTD kerana anatomi organ mereka adalah jauh lebih panjang berbanding kucing betina. Akan tetapi, kucing betina lebih kerap dijangkiti pundi kencing dan mempunyai tanda tanda seperti kucing jantan. :)

d. Litter tray/litter box

     Kalau diikutkan, ini juga sub faktor dibawah faktor persekitaran. Bagi multicats household (pembela kucing yang banyak) yang menggunakan cat litter, faktor ini memainkan peranan penting sebenarnya. Kedudukan tandas mereka perlu juga diambil kira. Jangan diletakkan tandas mereka di kawasan yang kita lalu lalang!! Atau specific kawasan sibuk! Sebab kucing ini pemalu! Jangan intai waktu mereka mahu buang hajat. Kekerapan membersihkan tandas perlu dititikkan. Kucing ini mempunyai sifat pembersih. Kalau tandas kotor, samalah seperti kita "rela aku tak buang air", dan demikianlah menggalakkan insiden flutd ini.



f.  Idiopathic FLUTD

      Apa benda pulak idipathic ini? Idiopathic ini bermaksud tidak dapat dikenal pasti. Bermakna, kucing adalah berpeluang untuk dapat penyakit ini tanpa diketahui punca dan sebabnya.

*sebenarnya masih banyak sebab seperti kanser yang kita terlepas pandang. Saya cuba sampaikan agar pembaca lebih mudah memahami dari sudut layman term.
      
Akan bersambung entry tanda tanda awal penyakit FLUTD...
Salam sayang,
Dr Nurul Ashikin Binti Sapian
DVM UPM
    

Friday 12 April 2013

Wadah Penyampaian Ilmu

As salam wbt,

Sedaya upaya saya mencari masa untuk merealisasikan impian saya untuk membuat blog disebalik kesibukan harian yang saya lalui pada ketika ini. Saya akan cuba untuk memaksimumkan penyampaian ilmu dengan kaedah dan bahasa yang paling mudah untuk para pembaca memahami. Dari semasa ke semasa akan saya perbaiki kaedah penyampaian dan kaedah penulisan agar blog ini tidak begitu membosankan. :)

Besar harapan saya untuk mendidik atau membentuk masyarakat kita hari ini ke arah yang lebih berjiwa penyayang terhadap haiwan-haiwan di sekeliling kita di samping kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah ALLAH di muka bumi. In Sha Allah.



Salam Sayang,

Dr. Nurul Ashikin Binti Sapian
D.V.M. UPM

Klinik Haiwan Kampar
No 6, Jalan Siswa,
Taman Kampar Siswa,
31900 Kampar,
Perak.

05-4652949

FB: KLINIK HAIWAN KAMPAR

Hari cuti: Jumaat