Tuesday 1 October 2013

Feline Nutrition

Soalan yang kerap diajukan kepada saya, kucing ada sakit jantung ke? ada kencing manis ke? ada sakit buah pinggang ke? Darah tinggi ke?

Jawapannya: Ada... Allah s.w.t. menjadikan kita dan haiwan ini sama, yang membezakannya adalah akal. Oleh yang demikian, kita sebabagi khalifah di muka bumi ini bertanggungjawab untuk memelihara muka bumi dan dilarang melakukan kerosakkan. 

Apakah releven nya jawapan yang saya berikan dengan soalan di atas? Penyakit penyakit yang kita ada hampir kebanyakannya kucing dan anjing juga ada. namun terdapat jua perbezaan dari sudut perubatan. Seperti kita, diet mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Keperluan nutrisi bagi anjing dan kucing juga ada perbezaan sedikit. Kekurangan nutrisi yang diperlukan atau terlebihnya nutrisi yang diperlukan akan menjuruskan mereka kepada pelbagai penyakit yang tidak disangka - sangka.

Di dalam entry kali ni, saya lebih fokus tentang TAURINE. Mungkin biasa bagi sesetengah owner yang pernah dengar. Tapi pastikah anda si comel anda mendapat keperluan taurine yang secukupnya didalam makanan mereka?





Apakah taurine?


 

Taurine merupakan sejenis asid amino yang mengandungi sulphur. Asid amino ni mudah dijumpai di dalam kebanyakan tisu haiwan tetapi tiada di dalam tisu tumbuhan. Hampir75% taurine wujud dalam bentuk bebas (free form) di dalam striated muscle cells (Dillon,1991). 

Sumber taurine adalah seperti ikan, ayam

Selain garam (sodium), kebanyakan kita menyangka taurine hanya diperlukan untuk mengelak masalah jantung kepada si comel kita, atau lebih spesifik untuk mengelakkan masalah Feline Dilated Cardiomyopathy. Di mana di dalam kes ini dinding jantung si comel menjadi semakin nipis (seperti gambar rajah di bawah)


Selain untuk menjaga kesihatan jantung, sebanarnya banyak fungsi lagi fungsi taurine dalam nutrisi si comel kita.

  • Penghasilan hempedu di hati
  • Retina (Mata)
  • Inotopic effect dan arrythmia role (Jantung)
  • Proses pembekuan darah
  • Sistem Immunisasi
  • Regulation of cholesterolemia, glycosuria dan glycogenesis
  • Antixidant properties
  • In utero development dan spermazoid mobility factor
  • Development and integrity of bnervous systm and Anti convulsive effect
  •  Sumber : (Huxtable, 1987)
Melihat kepada fungsi taurine di atas, dapat menjelaskan kenapa adakalanya anak kucing kita mungkin mempunyai tanda tanda sawan atau buta secara tiba tiba. Namun, ini bukan bukti konkrit yang mengatakan si comel kita sawan kerana taurine deficiency kerana terdapat pelbagai punca lain yang boleh menyebabkankan penyakit kepada si comel kita.

Central retinal degeneration in taurine deficiency cat

Ada beberapa faktor menjelaskan mengapa si comel kita memerlukan Taurine di dalam nutrisi mereka:
  • Kucing menghasilkan sedikit sahaja taurine kerana aktiviti enzim decarboxylase yang rendah.
  • Kebanyakan taurine hilang semasa proses enteral cycle of bile acids
Oleh kerana taurine wujud di dalam bentuk bebas, apabila makanan si comel di mask, kebanyakan taurine akan hilang semasa proses penyediaan. Jadi home cook meal/diet semamngnya memerlukan Taurine supplement untuk menjaga kesihatan si comel anda. :)



Saturday 24 August 2013

SPOROTRICHOSIS


Salam.... lama rasanya tak update Blog tercinta ni... terlalu sibuk menguruskan klinik dan kes yang keluar masuk... Hari ni saya nak berkongsi cerita tentang Sporotrichosis. Saya yakin sangat ramai pembela kucing yang sedia maklum tentang penyakit nie...

Akan tetapi saya juga yakin masih ramai yang belum begitu pasti secara lebih detail tentang penyakit ini, cara menjaga dan risiko zoonotik terhadap kita. (Zoonosis= penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia). Ada yang memandang remeh kerana mungkin kurangnya pendedahan terhadap penyakit ini. Dan juga mungkin kerana menyangka luka ini luka yang biasa...

Kucing yang dijangkiti S.schenckii

Sebagai mukadimahnya, mari kita tengok definisi Sporotrichosis.

"Spore" = Dedebu, 

Penyakit yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini adalah disebabkan oleh sejenis fungus yang dikenali sebagai Sporothrix schenckii (S. schenckii). Sebenarnya banyak info yang boleh didapati kalau ditanya pakcik google atau auntie yahoo. Tetapi saya cuba nak sampai dalam bahasa melayu kerana ada setengah terms yang dipakai lebih merujuk kepada bahasa perubatan. Jadi lebih mudah kalau saya sampaikan dalam layman term kerana bukan semua pembaca mempunyai sains background. :)
Sporothrix schenckii


Fungus yang menjangkiti si comel kita ini bukan fungus biasa seperti dermatophytosis yang hanya menyebabkan bulu kucing kita gugur, penuh kelemumur dan semakin botak. Penyakit ini jauh lebih ngeri dan boleh mnyebabkan kucing kita maut sekiranya terlewat diberikan rawatan, bahkan kita sebagai tuannya juga berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit yang serupa macam si comel kita. Jadi, penekanan saya pastinya aspek keselamatan seisi rumah tatkala kucing anda dijangkiti penyakit sporo ini.
  

Punca? Dari mana datangnya fungus ini? Siapakah yang berisiko? 

S.schenckii berasal dari atas tanah, terutamya dibawah timbunan tumbuh-tumbuhan yang reput. Sangat banyak, dan hanya melalui luka kecil misalnya tertusuk duri rose, agen ini boleh menjangkiti kucing anda, dan ANDA juga!! Oleh kerana itu, penyakit ini juga dikenali sebagai Rose gardener's disease.

Telah menjadi lumrah si comel anda sekiranya selepas membuang air besar meraka akan menggaru untuk menutup najis mereka. Gambar kredit kepada persatuan bola sepak Malaysia. (kucing yang dikatakan menyebabkan Malaysia kalah dalam perlawanan yang mana ntah, saya pun tak ingat).

 Sekiranya mereka membuang diluar rumah, pastinya mereka akan mencari tanah. Di kuku mereka inilah S.schenckii ini akan berada. 

Cantik kan i punya kuku???

Bagi kucing yang suka bergaduh atau lebih sesuai saya katakan kucing jantan, ketika mereka bergaduh, cakaran pada kucing lain pastinya akan memasukkan fungus ini di dalam darah. Selepas musim mengawan juga saya dapati peningkatan dalam kes kes sporo ni.



Permulaan yang dapat kita perhatikan adalah luka luka biasa. Dan bagaimana yang dikatakan sebagai luka biasa?? 

1. Luka biasa adalah luka luka kecil, hanya di permukaan (superficial) dan tiada pendarahan yang melampau dan tidak memerlukan jahitan . 

Sebenarnya tiada istilah luka biasa dalam kamus perubatan. Tetapi yang saya cuba highlightkan disini adalah luka yang sangat memerlukan rawatan segera dan tidak di misslook sebagai SPORO! Diameter luka adalah tidak lebih 2mm dan tidak dalam sehingga menampakkan isi (muscle). Antara jenis luka yang saya klassifikasi sebagai scratch, laceration dan puncture wound. Kebiasaan dalam kes kes sebegini rawatan awal seperti antibiotik dan ubat tahan sakit akan diberikan untuk mengelakkan jangkitan kuman di dalam darah.  

2. Exceptional untuk puncture wound, kedalaman luka mungkin lebih dalam...Luka dalam kategari yang pertama boleh melarat sekiranya tidak dirawat awal. Dan didalam sesetengah kes, luka ini tampak sembuh, namun menjadi bisul yang akhirnya kucing juga demam dan luka melarat. dan pastinya kos rawatan juga tinggi.Oleh kerana kes ini memerlukan bius dan tempoh rawatan yang jauh leih lama.

3. Setelah habis tempoh antibiotik yang diberikan dan luka semakin melarat, diameter semakin membesar, biasanya luka ini perlu di periksa semula. Bimbang jatuh kepada kategori LUKA YANG TIDAK AKAN SEMBUH (Non healing Wound). Dengan rawatan yang general, luka sporotrichosis ini adalah tidak akan sembuh... 


Kebiasaannya luka ini akan ada multiple spot, telinga, kawsan kening, kaki dan hidung. Adakalanya kucing akan bersin, mata berair... tanda tanda ini yang owner selalu keliru dengan menyangka kucing mereka hanyalah selsema biasa. :) Jadi inilah alasan di mana klinik swasta kebanyakkan tidak akan menjual ubat tanpa melihat pesakitnya (No medicine prescribe without patient).



Cuba perhatikan kucing ini : Luka nya paling ketara di hidung (semakin rompong), kaki hadapan, kedua dua cuping telinga dan sekitar mata.


Gambar yang kedua dan ketiga. Persamaan adalah bonjolan di hidung dan akhirnya apabila bonjolan pecah, hidungnya mulai rompong.

Mata kita memang bukan mikroskop, tetapi berdasarkan kriteria luka, jika kita perasan ada kucing yang lukanya begitu, maka berilah rawatan awal.
a. luka yang tidak sembuh selepas 14 hari rawatan
b. luka yangbertompok tompok di beberapa tempat
c. lukanya berkawah (Raised lesion), lembik di tengahnya, dan berkeruping seperti luka kering

Kesilapan owner dalam lewat membuat rawatan adalah kerana mereka menyangka :

a. oh! kucing ni luka biasa je... sapu minyak gamat esok keringla...  minyak gamat la, minyak kelapa la.. minyak ikan goreng la... semua ini tidak berkesan ya untuk kes sporo.. kering hanya lah luaran...

b.Kurap ni.. pandainya dia baik sendiri.. kucing kucing makcik dulu tak pernah makcik rawat baik sendiri je...

c. ni sinus ni... itu yang asyik bersin je ni... 


Jadi ketika dibawa kepada saya, keadaan si comel adalah sangat teruk dan telah nyawa nyawa ikan.. jadi tempoh rawatan pastinya lebih panjang dan mungkin tidak dapat diselamatkan. Kalau dah terbaring (recumbent), pastinya ada vet yang suggest to put down (bagi dia pergi). Mulala melalak2 maki vet sekian takda perasaan.. Sedangkan siapa yang buat dia menderita sekian lama.. ayat sentap sikit!

Sekarang kita masuk bab yang lebih penting iaitu: Zoonosis : management of sporo patient. Tapi mari kita kenali secara lebih dekat jenis-jenis sporo.
Terdapat tiga jenis sporotrichosis ni sebenarnya, cutaneous-lymphatic, pulmonary dan disseminated sporotrichosis.

a. Cutaneous-lymphatic sporotrichosis (kulit-sistem limfatik)

Merah berbentuk nodul (bulat-bulat) sepanjang sistem limfatik kita.

Tanda tanda kemerah merahan yang timbul

Kes yang lebih teruk tanpa rawatan awal, merabak sepanjang saluran limfa dan salur darah.

b. Pulmonary sporotrichosis

Jenis ini agak jarang, akan menyebabkan nodule pada paru-paru. Jarang bukan beerti tiada... kemungkinan untuk respiratory failure adalah sangat tinggi sekiranya paru-paru anda tidak dapat berfungsi dengan baik.

c. Disseminated sporotrichosis
Jenis ini merebak ke seluruh badan, akan menjangkiti joint dan juga boleh mengjangkiti otak. tanda paling awal seperti luka di kulit dan sekiranya menjangkiti paru- paru, tanda-tanda seperti selsema, batuk akan wujud. 



Sebab itu penting bagi anda untuk bawa kucing anda sekiranya mahu beli ubat untuk luka2 kecil. Siapa tahu kucing anda dijangkiti sporo juga.

Bagaimana boleh menjangkiti manusia??

a. cakaran daripada kucing sporotrichosis positif

b. gigitan daripada kucing sporotrichosis positif

c. ada luka-luka kecil di tangan dan terus menyentuh kucing sporo (bare hands)

Aspek pengurusan kucing ini adalah sangat penting dengan memakai glove tatkala mencuci sangkar mereka dan memberi mereka makan.Sebaiknya si comel yang positif sporo dikurung dan tidak dicampur dengan si comel yang lain. Akan tetapi janganlah sehingga mengabaikan mereka kerana emosi si comel juga adalah sangat penting untuk speeding proses penyembuhan sakitnya. 

Saya gemar menggunakan chlorox untuk mencuci sangkar mereka dan menjemur sangkar ini berhari hari dan terus mengulangai proses yang sama. Inilah adalah kerana spore ini adalah sangat heat and chemical resistance. dan penggunaan chlorox adalah sangat mudah didapati di mana mana juga. Chlorox adalah jenama, boleh juga digunakan brand yang lain sperti cocorex etc.



Mematuhi rejim rawatan adalah sangat penting dan sekiranya si comel anda telah menerima rawatan melebihi 4 bulan, adalah lebih elok kira melakukan ujian darah untuk melihat fungsi hati. Bimbang hati si comel tidak lagi dapat menerima beban ubat di hatinya.

Ubat yang digunakan di dalam rawatan sporotrichosis
 Kos rawatan adalah sangat tinggi disebabkan jangakamasa rawatan adalah sangat panjang dan ubat yang digunakan adalah sangat sangat mahal. Sampai saya sendiri tak gamak nak cas owner. Huhuhu... Jadi, nasihat saya, sekiranya si somel anda dalam golongan yang berisiko tinggi, maka cegah lah... jika sudah terjadi, maka rawatlah dengan segera. :)

Checklist : ADAKAH KUCING SAYA BERISIKO TINGGI??

a. Kucing saya kucing jantan, belum dikasikan, suka merayau, samseng kampung pulak tu. (High Risk Group)

b. Kucing saya jantan, sudah dikasikan tetapi suka merayau, selalu kena pukul dengan jantan lain (High Risk Group)

c. Kucing saya semi roamer, berak di luar je. tapi sentiasa tidur dalam rumah. (Middle Risk Group)

d. Kucing saya indoor cat, toilet-trained, tidak campur outdoor cat (Low Risk Group)

Okaylah, rasanya dah agak detail penerangan saya. kalau masih belum clear, boleh lah tinggalkan soalan akan saya cuba jawab sebaik mungkin. Yang baik datang daripada ALLAH, yang buruk datang daripada saya. Selamat membaca. Wassalam.

Thursday 2 May 2013

Canine Parvovirus.Outbreak?!! Take Note!

Canine Parvovirus?! Again??

What Is Parvovirus?

Canine parvovirus is a highly contagious viral disease that can produce a life-threatening illness. The virus attacks rapidly dividing cells in a dog’s body, most severely affecting the intestinal tract. Parvovirus also attacks the 9Bone marrow) white blood cells, and when young animals are infected, the virus can damage the heart muscle(puppies).

What Are the General Symptoms of Parvovirus?

The general symptoms of parvovirus are lethargy, severe vomiting, loss of appetite and bloody, foul-smelling diarrhea that can lead to life-threatening dehydration.
Note: fresh blood in the faeces

How Is Parvovirus Transmitted?

Parvovirus is extremely contagious and can be transmitted by any person, animal or object that comes in contact with an infected dog's feces. Highly resistant, the virus can live in the environment for months, and may survive on inanimate objects such as food bowls, shoes, clothes, carpet and floors. It is common for an unvaccinated dog to contract parvovirus from the streets, especially in urban areas where there are many dogs.

How Is Parvovirus Diagnosed?

Veterinarians diagnose parvovirus on the basis of clinical signs and laboratory testing. The Enzyme Linked ImmunoSorbant Assay (ELISA) test has become a common test for parvovirus. The ELISA test kit is used to detect parvovirus in a dog’s stools, and is performed in the vet’s office in about 15 minutes. Because this test is not 100% sensitive or specific, your veterinarian may recommend additional tests and bloodwork.




Which Dogs Are Prone to Parvovirus?
Puppies, adolescent dogs and canines who are not vaccinated are most susceptible to the virus. The canine parvovirus affects most members of the dog family (wolves, coyotes, foxes, etc.). Breeds at a higher risk are Rottweilers, Doberman pinschers, Labrador retrievers, American Staffordshire terriers and German shepherds.
How Can Parvovirus Be Prevented?
You can protect your dog from this potential killer by making sure he’s up-to-date on his vaccinations. Parvovirus should be considered a core vaccine for all puppies and adult dogs. It is usually recommended that puppies be vaccinated with combination vaccines that take into account the risk factors for exposure to various diseases. One common vaccine, called a “6-in-1,” protects the puppy from distemper, hepatitis, leptospirosis, parvovirus and parainfluenza. But in our clinic, we are more emphasize on 9-in-one vaccine.


Generally, the first vaccine is given at 6-8 weeks of age and a booster is given at four-week intervals until the puppy is 16-20 weeks of age, and then again at one year of age. A puppy’s vaccination program is not complete before four months of age. Older dogs who have not received full puppy vaccination series may be susceptible to parvovirus and should also receive at least one immunization. Consult with your veterinarian about how often your dog will need to be revaccinated.

Because parvovirus can live in an environment for months, you will want to take extra care if there has been an infected dog in your house or yard. Some things are easier to clean and disinfect than others—and even with excellent cleaning, Parvovirus can be difficult to eradicate. Parvo is resistant to many typical disinfectants. A solution of one part bleach to 32 parts water can be used where organic material is not present. The infected dog’s toys, food dish and water bowl should be properly cleaned and then disinfected with this solution for 10 minutes. If not disinfected, these articles should be discarded. You can also use the solution on the soles of your shoes if you think you've walked through an infected area. Areas that are harder to clean (grassy areas, carpeting and wood, for example) may need to be sprayed with disinfectant, or even resurfaced.

How Can Parvovirus Be Treated?

Although there are no drugs available that can kill the virus yet, treatment is generally straightforward and consists of aggressive supportive care to control the symptoms and boost your dog’s immune system to help him win the battle against this dangerous disease. Dogs infected with parvovirus need intensive treatment in a veterinary hospital, where they receive antibiotics, drugs to control the vomiting, intravenous fluids and other supportive therapies. Should your dog undergo this treatment, be prepared for considerable expense—the average hospital stay is about 5-7 days.
Please note that treatment is not always successful—so it’s especially important to make sure your dog is vaccinated!! 

What Are Some Home Treatment Options?

Because parvovirus is such a serious disease, it is not recommended to attempt home treatment. Even with the best veterinary care, this disease is often fatal.

When Is it Time to See the Vet?

If you notice your dog experiencing severe vomiting, loss of appetite, depression or bloody diarrhea, contact your veterinarian immediately.

#any vaccination done by non vet OR no proof of the vet signature would not be counted as vaccinated dog# we have the right to reject the case if owner do not vaccinated their dog# 




Friday 26 April 2013

Sambungan Si Comel Mengalami F.L.U.T.D

Assalamulaikm w.b.t. Salam sejahtera... Entry ni sebenarnya sambungan daripada entry berkaitan F.L.U.T.D. Sebentar tadi baru sahaja saya mengupdate entry yang lepas. semoga dapat memberi gambaran yang lebih jelas tentang keadaan F.L.U.T.D. Bimbang dan gusar dengan keadaan yang semakin hari semakin banyak si comel yang ditahan kerana kes ini.

Jenis-jenis FLUTD

Secara mudah, kita boleh mengkategori FLUTD kepada non-obstructive dan obstructive FLUTD.


Soalan: Mengapa pentingnya kita untuk mengetahui jenis FLUTD yang dialami oleh si comel kita??

Jawapannya: Kerana pengurusan dan rawatan bagi kes-kes yang berada di bawah kategori non obstructive adalah berbeza dengan kes obstructive. Jangan pernah bayangkan hanya dengan satu injection, si comel anda akan kembali pulih seperti biasa.


  1. Non-obstructive FLUTD

    Gambar rajah di atas merupakan rumusan klasifikasi jenis FLUTD pada si somel anda. Dan salah satu merupakan tulisan (hand writing) senior saya. Agen yang menyebabkan FLUTD ini mungkin berpunca daripada bacteria atau virus, anatomical abnormalities, urethral spasm. Tetapi, Si comel anda masih boleh kencing. Di sinilah kebiasaan vet akan palpate pundi kencing si comel anda (seperti gambar di bawah) dan menekan secara perlahan-lahan. Pundi kencing si comel anda besar tetapi compressible (boleh ditekan untuk mengeluarkan air kencing).
    Walau bagaimana pun, pengurusan yang salah mungkin menghalakan si comel anda kepada kategori yang lebih membimbangkan iaitu, Obstructive FLUTD.

    2.  Obstructive FLUTD

    Kategori ini memerlukan rawatan segera!!! Si comel anda mungkin akan mati sekiranya anda masih berdegil tidak mahu merawat mereka. Dalam kategori ini, kebiasaannya pundi kencing si comel adalah sangat tegang dan besar, dan yang paling menakutkan adalah uncompressible.Sigh!!

    Sangat menakutkan tatkala terima kes sebegini. Nampak remeh, tetapi seandainya bahan bahan toksin telah memasuki semula darh si comel, untuk meneruskan prosedur adalah sangat berisiko tinggi.dan juga kos rawatan yang tinggi!! (Jangan cuba tawar-menawar ya dengan vet anda kerana kes ini sangat memerlukan perhatian yang lebih, dan kos yang sememangnya mahal)



     

     

    Tanda-tanda furkids mengalami FLUTD

    1. Kekerapan berulang ke tandas 

      Furkids akan berulang ke tandas seperti kencing tak lawas dan masa yang si comel habiskan di tandas juga adalah lebih lama.

      2. Meneran!! mungkin juga menangis ketika meneran?



      3. Kencing berdarah












      4. Lemah, muntah dan mungkin tidak larat berjalan
      5. Tiada kencing (jangan tunggu ke saat si comel anda tidak kencing baru anda baru mahu mulakan rawatan)


     SEGERALAH BAWA BERJUMPA VET sekiranya si comel anda mula menunjukkan tanda tanda di atas...

    Dari sudut rawatan, regime setiap klinik adalah berbeza! tetapi haruslah diingatkan tiada semudah single injection untuk memulihkan kucing anda! Be smart owner ya!!

    DIET si comel anda juga harus berubah!! Kerana struvite boleh dipecahkan melalui pemakanan. Antara presription diet yang ada di pasaran adalah:


     
    Pemakanan ini dapat membantu healing process yang lebih cepat pada si comel anda. Jangan memberi alasan yang pelbagai kerana yang susah anda juga nanti. Kes berulang adalah sangat tinggi dan peluang untuk pulih balik adalah jauh lebih tipis sekiranya anda kembali pada diet yang lama.


    Selamat malam...

Thursday 18 April 2013

Suntikan Vaksinasi/ Vaccine

As salam... hari ni Doc Nurul nak bercerita tentang suntikan pelalian atau lebih senang kita panggil vaksin. Sebenarnya ramai yang sudah sedia maklum, tapi... bab 'tapi' tu yang leceh tu... ramai tahu tapi tak sedar atau mungkin tak mahu buat... atau mcm2 la...:p bila furkid da sakit mula la bising bising kos rawatan mahal. haaa!! tu namanya da terhantuk baru tergadah? betul ke peribahasa tu? (kalau salah tolong betulkan).

Apakah vaksin?
Dalam bahasa yang mudah nya... vaksin ini merupakan bacteria atau virus yang telah deactivated atau killed yang telah dimodified. Virus2 dan bakteria inilah yang akan disuntik ke dalam badan agar badan akan menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit di masa akan datang. Inilah yang dikatakan sebagai active immunity.

Vaksin biasanya disuntik dibawah kulit dan tidaklah sakit berbanding suntikan antibiotik.


Mitos: antibiotik tu antibodi... atau ada owner yang datang nak cucuk antibodi. pasti saya akan tengok anda dalam pandangan yang sgt keliru? Bila ditanya pasti ke pernah cucuk vaksin? yakin melampau2... tapi kad vaksin tarak... alasannya, jabatan veterinar tak bagi... klinik tak bagi... pet shop tak bagi...

Jawapan:
  • Dua konsep yang sangat berbeza! konsep? ya konsep... apakah? Antibiotik adalah suntikan untuk mematikan atau merencatkan pertumbuhan bakteria. Bakteria sahaja yang boleh di"bunuh" dengan antibiotik dan tidak berkesan pada virus. Ingat tu!
  • Virus hanya  dapat dihapuskan dengan antibodi! saya ulang antibodi! tapi takda suntikan antibodi ya... yang ada suntikan vaksin... vaksin yang akan menyebabkan badan menghasilkan antibodi.
  • Setiap pet akan ada satu kad. kad vaksin ini bukti segala rawatan, keep it properly sebab tanpa kad, kebanyakan vet will never trust your word. 

  • lagi satu, tolong jangan konfius pet shop TIDAK BOLEH MENJALANKAN APA APA RAWATAN TERHADAP PET ANDA!! SALAH DI SISI UNDANG-UNDANG.


Kenapa perlunya vaksin? Bukankah dari susu ibu pun ada antibodi?
Ramai yang beranggapan susu ibu sahaja cukup untuk memberikan antibodi sepanjang hayat. Salah!! Colostrum iaitu susu ibu yang berwarna kuning yang anak anak bulu ini dapat minum dalam tempoh 24jam memang mempunyai antibodi untuk melindungi anak2 ini sehingga 6-8minggu.Di dalam colostrum lah terdapatnya maternal antibodi atau passive immunity. Seterusnya??

Pada usia 6 hingga 8 minggu, di sinilah antibodi titer ataupun perlindungan daripada maternal antibodi akan berkurang. Ada faham setakat ni? Jadi pada saat ini kebanyakan anak2 bulu anda mula menunjukkan tanda tanda awal seperti sakit mata dan ada yang mula selsema. Kerana anda telah memberikan window period untuk virus2 ini mengambil kesempatan.

Jadi, secara simplenya, anda perlu vaksin kucing anda seawal 2 bulan. bukannya 3 atau 4 atau beberapa bulan yang anda suka. 


Berapa kali perlu suntikan vaksin?
Mengikut World Small Animal Veterinary Association (WSAVA), vaksin perlu disuntik seawal 2 bulan dan suntikan susulan pada 3 bulan usia dan 4 bulan umur. Booater tahunan setiap 1 hingga 3tahun. :)


Apakah syarat syarat untuk vaksin?
  1. Sihat- dalam konteks ini agak luas.Kucing sihat bermakna makan minum ok. Buang air ok.. takda muntah... takda cirit... 
  2. Berat kalau boleh da sampai 1kg.. walau pun tak semestinya..
#JADI, bukannya ketika tengah sakit baru perlu disuntik vaksin... ini hanya akan menambahkan bilangan antigen di dalam badan si comel anda...

Sekiranya sayang si somel anda, maka vaksinlah mereka sekarang. Jangan tangguh dan jangan leka. Musim penyakit adalah berulang.  Next entry saya akan bincangkan tentang jenis jenis vaksin yang terdapat dan adakah sesuai untuk si somel anda.

Salam sayang,

DR Nurul Ashikin Binti Sapian



Tuesday 16 April 2013

Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD)

FLUTD atau lebih mudah dikenali sebagai batu karang bagi kebanyakan pembela kucing merupakan pembunuh kucing dalam diam tanpa kita sedari. Soalan yang kerap diajukan "macam mana kita nak tahu kucing kita kena batu karang" ? Confirm ke batu karang? macam mana nak bezakan dengan sembeli? Sebenarnya tanpa kita sedari hari demi hari semakin banyak kes FLUTD dimasukkan ke dalam ward atau tahap yang lagi serius mungkin i.c.u. Apakah faktor yang menyumbang ke arah pembentukan batu karang atau secara idealnya ke arah flutd... isu ini akan saya kupaskan dengan lebih mendalam dalam entry kali ini.

FAKTOR FAKTOR YANG MENYEBABKAN TERJADINYA F.L.U.T.D

a. Diet/pemakanan

    Terdapat 1001 jenis pemakanan yang wujud dalam pasaran!! Percaya atau tidak pada labelling produk pasti menyatakan makanan ni dapat mencegah penyakit FLUTD pada anak2 bulu (furkids) anda. Jangan mudah terpedaya dengan janji janji manis produk2 di pasaran. Jika tak pasti tanya pada vet anda bukannya petshop.(ramai yng saya rasa agak keliru perbezaan vet dengan petshop seller). Semua orang akan melariskan produk mereka apatah lagi produk itu ada selling point nya contohnya halal bagi pengguna islam, murah dan sebagainya.Secara details nya memang saya tidak boleh meletakkan brand2  specific yang menjadi penyumbang tertinggi bagi kebanyakan klinik vet atau hospital.



    Makanan commercial secara kasarnya boleh dikategori kepada beberapa kumpulan, iaitu high premium, premium, low end, holistic dan sebagainya.Bukan semua makanan premium merupakan "presciption diet" bergantung pada cara individu untuk menilai jenis2 makanan ini. Saya juga yakin banyak fanatic fan terhadap sesetengah brand ini sehingga bergaduh sesama sendiri. Perlu diingatkan, makanan yang tinggi phosporus dan magnesium akan menyebabkan mineral ini terkumpul dan selepas suatu jangka masa terjadi lah batu struvite (magnesium ammonium phosphate)!! 


Inilah batu yang akan berkumpul sepanjang salur kencing kucing anda... secara perlahan lahan cuba bayangakan batu ini bergesel dengan permukaan pundi kencing dan apa yang akan terus terjadi?? Luka!! Berdarah!! Dan seterusnya? Tersumbat!! seterusnya bakteria akan terus membiak dan bahan kumbahan akan backflow dan masuk semula ke dalam darah.

b.  Faktor persekitaran

     Perubahan tempat tinggal misalnya berpindah ke rumah baru, atau baru mengambil anak kucing baru akan menyebabkan juga anak2 bulu anda menahan kencing. Betul ke? Ya! Itulah yang terjadi sekiranya kita terlepas pandang. Stress akan menyebabkan anak bulu kita menahan kencing. Pengumpulan air kencing (toxin dan sisa kumbahan) yang lama mudah menyebabkan bakteria membiak dan disinilah Ascending infection akan berlaku.

c.Gender/ Sex

Kajian menunjukkan kucing jantan adalah mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mengalami FLUTD kerana anatomi organ mereka adalah jauh lebih panjang berbanding kucing betina. Akan tetapi, kucing betina lebih kerap dijangkiti pundi kencing dan mempunyai tanda tanda seperti kucing jantan. :)

d. Litter tray/litter box

     Kalau diikutkan, ini juga sub faktor dibawah faktor persekitaran. Bagi multicats household (pembela kucing yang banyak) yang menggunakan cat litter, faktor ini memainkan peranan penting sebenarnya. Kedudukan tandas mereka perlu juga diambil kira. Jangan diletakkan tandas mereka di kawasan yang kita lalu lalang!! Atau specific kawasan sibuk! Sebab kucing ini pemalu! Jangan intai waktu mereka mahu buang hajat. Kekerapan membersihkan tandas perlu dititikkan. Kucing ini mempunyai sifat pembersih. Kalau tandas kotor, samalah seperti kita "rela aku tak buang air", dan demikianlah menggalakkan insiden flutd ini.



f.  Idiopathic FLUTD

      Apa benda pulak idipathic ini? Idiopathic ini bermaksud tidak dapat dikenal pasti. Bermakna, kucing adalah berpeluang untuk dapat penyakit ini tanpa diketahui punca dan sebabnya.

*sebenarnya masih banyak sebab seperti kanser yang kita terlepas pandang. Saya cuba sampaikan agar pembaca lebih mudah memahami dari sudut layman term.
      
Akan bersambung entry tanda tanda awal penyakit FLUTD...
Salam sayang,
Dr Nurul Ashikin Binti Sapian
DVM UPM
    

Friday 12 April 2013

Wadah Penyampaian Ilmu

As salam wbt,

Sedaya upaya saya mencari masa untuk merealisasikan impian saya untuk membuat blog disebalik kesibukan harian yang saya lalui pada ketika ini. Saya akan cuba untuk memaksimumkan penyampaian ilmu dengan kaedah dan bahasa yang paling mudah untuk para pembaca memahami. Dari semasa ke semasa akan saya perbaiki kaedah penyampaian dan kaedah penulisan agar blog ini tidak begitu membosankan. :)

Besar harapan saya untuk mendidik atau membentuk masyarakat kita hari ini ke arah yang lebih berjiwa penyayang terhadap haiwan-haiwan di sekeliling kita di samping kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah ALLAH di muka bumi. In Sha Allah.



Salam Sayang,

Dr. Nurul Ashikin Binti Sapian
D.V.M. UPM

Klinik Haiwan Kampar
No 6, Jalan Siswa,
Taman Kampar Siswa,
31900 Kampar,
Perak.

05-4652949

FB: KLINIK HAIWAN KAMPAR

Hari cuti: Jumaat